Posts

KEPENTINGAN KEMAHIRAN INSANIAH (SOFT SKILLS) KEPADA SETIAUSAHA ALAF 21

Secara amnya, kemahiran insaniah ( soft skills ) ini dapat didefinisikan dengan pelbagai cara dan ianya tidak mempunyai definisi yang khusus dan tepat. Hal ini dapat dibuktikan melalui penggunaan terminologi kemahiran insaniah ( soft skills ) di setiap negara yang berbeza walaupun matlamat dan ciri-ciri yang dipraktikkan adalah hampir sama. Antaranya istilah di Australia yang digunakan adalah ‘key competencies’, ‘soft skills’ atau ‘employable skills’. New Zealand pula telah menggunakan istilah ‘essential skills’ manakala di Amerika Syarikat, istilah ‘necessary skills’, ‘employability skills’ atau ‘workplace know-how’ telah digunakan. Bagi di United Kingdom, istilah ‘key skills’ atau ‘core skills’ digunakan untuk merujuk  kepada kemahiran  insaniah ini.  (Mohamad Zaid Mustafa et al., 2008). Kemahiran insaniah adalah sebahagian daripada kemahiran generik. Ia merujuk kepada penguasaan pelajar dalam kemahiran yang bersifat bukan akademik dan lebih fokus kepada pembanguna...